Kursus di Sipitang 2013

Berikut adalah Buku Program Kursus Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang telah diadakan di SK Merintaman, Sipitang, Sabah.

booklet kewangan – bahagian dalam

booklet kewangan – bahagian luar

Ketika kursus dijalankan. Sebuah sekolah tidak hadir. Oleh itu, pihak kami telah pergi ke sekolah berkenaan dan lihatlah keadaan sekolah tersebut.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

MEMBUAT KEPUTUSAN PERSEKITARAN

MENGENALPASTI KAEDAH YANG BERBEZA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERSEKITARAN

PENGENALAN

Membuat keputusan adalah salah satu keperluan yang perlu ada kepada seseorang pemimpin. Membuat keputusan perlu dirangka oleh seseorang pemimpin yang bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu perkara, memastikan matlamat yang dirangka dapat dicapai dengan jayanya dan dapat mentafsir permasalahan yang mungkin wujud daripada keputusan yang dibuat. Seseorang pemimpin perlu melakukan pelbagai kaedah yang berbeza dalam membuat keputusan berdasarkan maklumat yang didapati oleh seseorang pemimpin. Seseorang pemimpin yang baik dapat mengenalpasti masalah, persekitarannya dan seterusnya membuat keputusan bagi mengawal keadaan, membuat keputusan agar permasalahan yang wujud dapat diminimakan dan diselesaikan dengan cara berhemah dan memastikan semua unsur-unsur yang wujud dapat dikawal (Er, 2012). Pemimpin perlu aktif berfikir dalam membuat keputusan berdasarkan maklumat yang relevan dengan situasi yang wujud. Sebagai pemimpin, membuat keputusan yang terbaik adalah satu komponen utama kepada sesebuah organisasi. (Zimmerman, 2012). Bagi seseorang pembuat keputusan masalah yang wujud antara pembuat keputusan dan aspek yang diputuskan adalah bersangkutan dengan Prestasi Organisasi, maklumat yang diperolehi, Noxity (Kemungkinan tidak menguntungkan) dan Eucity (Hasil menguntungkan), Masa, permintaan dan implikasi yang wujud selepas itu. (Clark-Murphy, 2010). Oleh itu, pengalaman, pemahaman dan maklumat yang diperlukan sebagai seorang pemimpin perlu diambilkira. Membuat keputusan memerlukan seseorang melakukannya secara cepat dan tepat dan bertindakbalas mengikut keadaan tertentu. Walau bagaimana pun, seorang pembuat keputusan perlu mengambilkira aspek tertentu seperti peraturan dan situasi yang dihadapi. Oleh itu, seseorang pembuat keputusan perlu mengambil masa yang banyak untuk menentukan persekitarannya dan ia juga perlu masa untuk berfikir dengan lebih mendalam terutamanya yang melibatkan situasi keadaan yang tidak pasti dan berisiko. Pemimpin yang membuat keputusan dengan maklumat yang disalahtafsir akan mengundang kepada pelanggaran peraturan, memutuskan harapan organisasi dan hasil yang tidak seperti yang dirancang dalam organisasi. Apabila ini berlaku, seorang pemimpin akan mengambil masa sekali lagi untuk membuat pembetulan dan merancang semula daripada mana ia telah melakukan kesilapan. Walaupun tindakan dan keputusan boleh diselaraskan semula tetapi ia tidak akan sama berbanding dengan keputusan asal (Zimmerman, 2012). Terdapat tiga keadaan dalam membuat keputusan iaitu (Taghavifard, 2009);

1. Certainly (Keadaan Kepastian)

2. Uncertainly (Keadaan Ketidakpastian)

3. Risk (Keadaan Risiko)

Dalam keadaan tertentu, membuat keputusan dalam keadaan kepastian adalah cara yang selalunya dibuat oleh seseorang pengurus, pemimpin dan pengurusan tertinggi. Menurut Taghavifard, membuat keputusan dalam keadaan kepastian seringkali tidak mengundang sebarang permasalahan kerana selalunya keputusan yang dibuat itu telahpun diketahui natijahnya dan telah diketahui hasil yang diharapkan kerana maklumat tentang keputusan yang hendak dibuat telah diketahui secukupnya. Manakala, membuat keputusan dalam keadaan ketidak pastian dan dalam keadaan risiko pula seringkali dibincangkan oleh penganalisis pembuat keputusan kerana seringkali kedua-dua keadaan ini memberikan implikasi dan masalah kepada pembuat keputusan (Taghavifard, 2009).

KAEDAH MEMBUAT KEPUTUSAN

Membuat Keputusan Berdasarkan Kepastian

Beberapa keputusan boleh dibuat dalam keadaan kepastian. Dalam aspek ini, selalunya keputusan yang diambil adalah keputusan bersama dalam mesyuarat. Ia adalah untuk mengurangkan permasalah yang kemungkinan timbul selepas mesyuarat selesai. Membuat keputusan secara kepastian ini membolehkan organisasi mempunyai pilihan yang jelas sama ada dalam aspek keinginan, minat dan keperluan. Apabila membuat keputusan dalam keadaan pasti, tidak ada istilah secara ad hoc setelah analisa telah dilakukan (Ule, 2009). Membuat keputusan dalam aspek ini memerlukan keputusan yang dilakukan dalam keadaan yang rasional. Keputusan yang diambil kerana rasional ini bermakna pemimpin atau pengurus mempunyai keupayaan berfikir dan bertindak berdasarkan sebab yang telah jelas. Pada tahap ini, analisis keputusan telah terlebih dahulu diperolehi untuk membolehkan seseorang pemimpin mengetahui dimanakah ia hendak bermula dan bagaimana ia hendak menjawab soalan sekiranya terdapat perubahan dalam keputusannya. Oleh itu, faedah atau kepentingan telah dijangkakan atau sememangnya ada jalan alternative sekiranya keputusan tersebut perlu diubah (Ule, 2009). Seseorang yang kurang atau tidak melibatkan emosi dalam membuat keputusan lebih rasional. Keputusan sebegini akan cuba meramal kesan jangka panjang dan jangka pendek. (Ohira, 2011).

Keputusan secara emosi yang stabil kadangkala adalah bersifat rawak, tidak dapat disesuaikan mengikut keadaan atau maladaptive. Pengaruh emosi dalam membuat keputusan adalah lemah (Ohira, 2011). Sebagai contohnya, seorang pekerja memohon cuti kerana ingin menghantar anaknya ke hospital. Pekerja tersebut pernah menyebabkan majikannya marah. Apabila majikannya tidak meluluskannya sedangkan ia tahu dan ia telah ada maklumat tentang keadaan anak pekerjanya serta kelayakkan cutinya. Kerana marah, ia tidak meluluskan. Mengikut emosi dalam membuat keputusan sebegini adalah lemah dalam pengurusan dan ia mengundang ketidakpuas hati pekerja. Kemungkinan kesan emosi yang berkaitan kebolehan dan kecekapan dalam membuat keputusan mungkin lebih sukar untuk diketahui, walaupun kita berhujah bahawa kebolehan dan kecekapan memainkan peranan yang penting dalam membuat keputusan adaptif. Seorang individu boleh menggunakan kemahiran membuat keputusan intuitif dalam keadaan tertentu apabila mempunyai pengetahuan yang cukup tentang keadaan itu dan disini emosi memainkan peranan penting dalam banyak keputusan, pengetahuan emosi boleh menggalakkan penggunaan kemahiran membuat keputusan intuitif (Avsec, 2012)

Sebagai contohnya ialah melibatkan pelaburan, kebanyakkan bank di Malaysia mempunyai system simpanan tetap (Fix deposit) yang mana faedah tahunannya telah ditetapkan. Malah, apabila seseorang ingin membuat pinjaman ia telah mengetahui faedah yang dikenakan. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada keterangan lengkap oleh bank yang akan menggalakkkan pelaburan pada bank yang mempunyai faedah tertinggi untuk pelaburan tetapi sebaliknya inginkan faedah terendah bagi pinjaman (Leykin, 2011).

Selain itu, membuat keputusan berdasarkan kepastian juga ditakrifkan sebagai proses untuk memilih antara yang berbeza diantara mengejar matlamat yang dikehendaki.(Cenkseven-Onder, 2012). Membuat keputusan persekitaran memerlukan analisis dan penyelidikan yang kritikal. Adalah sesuatu yang amat berbahaya seseorang pemimpin itu membuat keputusan dengan cara membuat kajian dengan cepat dan sepintas lalu. Oleh itu, pemimpin yang baik ialah seorang yang menggunakan perancangan strategic untuk menentukan sebarang tindakan yang akan dibuat (Shoemaker, 2010). Sebagai contoh, seorang guru besar yang baru didaftarkan sebagai seorang guru besar di sebuah sekolah yang prestasi sekolah tersebut kurang memuaskan. Sebagai seorang pembuat keputusan untuk membawa hala tuju sekolahnya ia memerlukan dirinya membuat perancangan strategic dengan menetapkan matlamat yang ingin dicapai seperti memastikan misi, visi dan kaedahn pemngajaran dan pembelajaran sekolahnya akan mendapat pencapaian yang memberangsangkan. Oleh itu, perancangan strategik yang dibuat perlu memahami keseluruhan aspek yang terlibat. Kemungkinan juga guru besar boleh menggunakan SWOT Analisis dalam membuat keputusan iaitu memastikan ia mendapat maklumat tentang Kekuatan (Strengths), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Opportunities), dan Ancaman (Threats). Setelah membuat analisis SWOT, barulah ia akan memahami matlamat dan cara mencapai pencapaian yang baik dalam organisasinya. Pencapaian yang baik adalah berdasarkan matlamat yang jitu dan padu dan berdasarkan maklumat yang telah sedia ada diketahui. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang juga boleh dibuat apabila semua aspek telah dilaksanakan melalui perancangan strategik (Tversky,1992).

Membuat Keputusan Berdasarkan Ketidakpastian

Membuat keputusan berdasarkan ketidakpastian ialah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tidak ada. Ketidakpastian terhadap masa hadapan yang akan berlaku. Contohnya seorang pengurus pasukan bola sepak, dalam keadaan ketidakpastian tentang seorang pemain juga memerlukan ia membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian. Walaupun pengurus bola sepak mengetahui kemahiran, kelincahan dan kemampuan seseorang pemain tetapi terdapat beberapa perkara lagi ia perlu analisa seperti keadaan padang, semangat berpasukkan, kecederaan, kewangan dan sebagainya. Walaupun seseorang pemain diambil tetapi dalam perlawanan, pemain tersebut mengalami kecederaan. Maka inilah satu aspek ketidakpastian masa hadapan yang tidak boleh diramalkan. Tidak ada sesiapa boleh meramal tentang takdir dan masa hadapan (Heath, 1991). Tetapi dalam situasi sebegini, seseorang pemimpin tersebut perlu mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan dengan mengambil kira semua kriteria yang telah difiirkan sesuai oleh dirinya dan organisasinya. Setelah mengambilkira semua kriteria yang telah dibuat, barulah ia membuat pelbagai alternative untuk digunakan dalam membuat keputusan. Sebagai pemimpin yang baik, ia akan mengelaskan kesemua maklumat yang didapatinya walaupun tidak ada tetapi sudah cukup untuk mempertaruhkan nasib daripada langsung tidak mengambil sebarang inisiatif dalam memastikan matlamat dicapai. Tidak mengambil sebarang langkah menjadikan seseorang pemimpin itu sudah kalah sebelum berjuang. Oleh itu, sebagai langkah keselamatan bagi seseorang pemimpin, ia akan menjadikan medan mesyuarat sebagai langkah bersama menentukan keputusan. Dan sekiranya keputusan yang dibuat itu akan mengundang masalah, maka ia selamat kerana apa yang berlaku itu adalah keputusan mesyuarat (Roszkowska, 2009).

Apabila membuat keputusan, apa yang perlu dalam keadaan ketidakpastian ialah mengambil satu langkah berjaga-jaga dan membuat analisa yang menyeluruh serta memberikan pelbagai situasi serta pandangan masa hadapan. Sebagai contoh, seorang pengilang kasut. Apabila beliau berada di sesebuah tempat yang mana penduduknya langsung tidak memakai kasut. Kaedah membuat keputusan adalah berdasarkan pandangan dan pengalamannya. Ada tiga keputusan yang mungkin dibuat iaitu; pertamanya ia akan membuka kilang kasut di tempat tersebut dengan harapan penduduk akan membeli kasut dan memakainya. Kedua, ia akan membuka kilang kasut tetapi tanpa mengharapkan penduduk membeli kasut ditempat tersebut tetapi memasarkannya di luar dan yang ketiga ialah ia akan mengabaikan penduduk tersebut kerana beranggapan penduduk tidak akan membeli dan memakai kasutnya. Ketidakpastian ini, memerlukan seseorang itu membuat beberapa analisa persekitaran sama ada penduduk mampu atau tidak, pengalamannya, faktor fizikal dan sebagainya. Pemimpin yang baik akan cuba mengurangkan risiko yang akan ditanggung kelak supaya kerugian tidak berpanjangan. Kemungkinan-kemungkinan apa yang berlaku pada masa hadapan cuba digunapakai dahulu agar ramalan-ramalan masa hadapan boleh dibuat (Tversky, 1992). Oleh itu, pengeluar kasut tersebut boleh sahaja membuka kilang kasutnya dengan harapan dua aspek iaitu pemasaran akan dilakukan ditempat lain tetapi dalam masa yang sama ia juga mengharapkan pekerja yang diambil daripada penduduk tempatan akan menggunakan kasut ketika bekerja dan ini juga mengurangkan kos operasi.

Mengkaji konsistensi dan sering memberi tumpuan kepada satu pandangan juga adalah satu ketidakpastian dalam membuat keputusan. Kekecewaan lampau juga memainkan peranan dalam membuat keputusan sebegini (Bean, 2010). Contohnya, Seorang yang pernah mempunyai pengalaman mengambil pekerja daripada sebuah universiti dan ia menghadapi masalah terhadap pekerja tersebut kerana kemahirannya tidak mencapai tahap seorang siswazah. Membuat keputusan untuk tidak mengambil pekerja daripada universiti yang sama adalah membuat keputusan mengikut ketidakpastian. Seorang pemimpin sering kali menggunakan pengalaman lampau untuk membuat keputusan dan sama ada keputusan itu boleh diterima atau tidak ia bergantung kepada keputusan pemimpin itu sendiri dan secara tidak langsung keberhasilan atau matlamat juga bergantung kepada diri pemimpin organisasi itu sendiri.

Membuat keputusan berasaskan ketidakpastian juga adalah seperti berjudi, ia memerlukan seseorang yang membuat keputusan menerima risiko dan kebarangkalian yang tidak menentu. Ia bagaikan meletakkan sebiji bola merah dan sebiji bola kuning dalam sebuah kotak dan kita akan cuba mengeluarkan bola merah. Keadaan sebegini adalah sukar bagi seseorang yang membuat keputusan, perjudiannya tinggi dan tidak dapat dijangka. Membuat keputusan berasaskan kebarangkalian juga dikategorikan sebagai membuat keputusan secara ketidakpastian (Good, 2012)

Membuat Keputusan Berdasarkan Risiko

Membuat keputusan berdasarkan Keadaan berisiko adalah keadaan dimana keputusan tersebut dibuat tetapi maklumat terhadap situasi semasa dan persekitaraaan tersebut tidak lengkap. Dalam situasi sebegini kemungkinan pembuat keputusan berada sama ada dalam keadaan ketidakpastian ataupun keadaan risiko (Nygren, 1998). Risiko yang ingin ditangani tersebut adalah bersifat objektif dan terpulang kepada pembuat keputusan itu sendiri aspek yang ingin ditekankan (Wu, 2004). Dalam keadaan sebegini, pemimpin itu perlu memikirkan sama ada ia boleh menerima risiko atau tidak dengan melihat keseluruhan persekitaran yang ada (Mellers,1997). Menurut David, terdapat tiga situasi dalam mengambil aspek keadaan berisiko dalam membuat keputusan iaitu (David, 2003);

1. Suka dengan Risiko

2. Neutral dengan Risiko

3. Mengambil risiko

Keadaan dimana seseorang itu suka dengan risiko ialah seseorang yang sememangnya akan cuba mendapatkan keadaan yang berisiko dalam membuat keputusan. Dalam situasi sebegini, ia meletakkan dirinya dalam keadaan berbahaya tetapi sebagai pembuat keputusan ia akan mengelakkan ia dipersalahkan. Sebagai contoh, seorang jurulatih lumba lari. Ia mendapati seorang atletnya mengikuti acara lari 100 X 4 berganti-ganti cedera. Sebagai jurulatih biasa, ia boleh sahaja mengambil atlet daripada bahagian pecut untuk menggantikannya tetapi ia mengambil risiko dengan menggantikan pelari tersebut daripada pelari jarak jauh. Risiko yang diambilnya ini adalah tinggi kerana pelari jarak jauh kemungkinan tidak akan dapat melakukan pecutan. Tetapi apabila memikirkannya semula, kemungkinan pelaru pecut berikutnya akan mempunyai acara atau mempunyai acara yang penuh, mengambil risiko sebegini boleh berlaku dan dibenarkan malah ia tidak akan dipersalahkan sekiranya pasukan tersebut kalah kerana ia telah menyalahkan kesihatan pelarinya adalah lebih utama berbanding situasi yang ada. (Nygren, 1998). Suka kepada risiko adalah sifat yang lebih kepada seorang lelaki. David menyatakan bahawa, lelaki lebih suka kepada risiko berbanding perempuan. Perempuan lebih keadaan keadaan yang neutral. Oleh kerana itu, lelaki akan cuba melakukan apa sahaja yang lebih berisiko kerana ia beranggapan ia akan mengundang kepuashatian (David, 2003)

Keadaan dimana seseorang itu Neutral dengan risiko pula ialah apabila ia menerima apa sahaja yang berlaku dan menyatakan bahawa ia adalah takdir bagi dirinya (Heath, 1991). Perempuan seringkali dikatakan memilih cara ini kerana ia akan menerimanya dengan lebih terbuka. Tetapi dalam situasi tertentu perempuan ini juga akan menghadapi sebarang situasi sepenuh hati dan akan melakukannya sehingga berjaya (David, 2003). Sebagai contoh, seorang pengurus wanita telah dilantik menjadi ketua jabatan di bahagian pemasaran akhbar. Ia tahu bahawa ia tidak mempunyai cukup maklumat tentang pasaran akhbar pada masa hadapan kerana perkembangan teknologi maklumat yang berkembang. Dalam situasi membuat keputusan dalam memasarkan produknya dengan keadaan maklumat yang tidak lengkap. Ia mengundang keadaan berisiko. Tetapi sebagai seorang yang neutral terhadap risiko dan menerima risiko tersebut sebagai cabaran bagi dirinya dan akan cuba menyelesaikan cabaran yang wujud, ia mungkin akan mengambil langkah mengikuti peredaran zaman tersebut iaitu melakukan penjualan dalam talian itu sendiri. Apa yang penting adalah keuntungan. Oleh itu, antara tindakan yang boleh dilakukan ialah melakukan pemasaran atas talian, akhbar dalam internet. Iaitu akhbar yang dicapai melalui internet, percuma pada bahagian awal tetapi pembacaan seterusnya pula adalah berbayar. Oleh itu, adakah sesuatu yang tidak pasti sama ada ia akan mengundang keuntungan kepada organisasi atau tidak bergantung kepada pengguna dan pengiklanan. Situasi sebeginilah yang dimaksudkan sebagai situasi dimana seseorang itu bersifat neutral dalam risiko tetapi mencapainya untuk memastikan matlamat yang cuba diletakkan sebagai tanggungjawabnya dapat dilaksanakan sama ada dengan cara baik amhupun dengan cara kurang menguntungkan tetapi itu sahaja jalan yang ada dalam keadaan berisiko(Cenkseven-Onder, 2012).

Keadaan dimana seseorang itu mengambil risiko pula ialah keadaan dimana maklumat yang tidak lengkap dalam membuat keputusan (David, 2003). Sebagai contohnya, Malaysia Airlines. Walaupun mengetahui kerugian semasa ialah RM1.2 Billion tetapi menambah pelaburan bagi memastikan keselesaan penumpang serta mempertingkatkan kualiti kendalian ia akan mengundang penambahan kos, tetapi dalam situasi beginilah seseorang ketua organisasi tersebut melakukan keputusan dalam keadaan berisiko dan memang berisiko. Kebarangkalian untuk mengalami kerugian akan tetapi berlaku tetapi dengan pengharapan terdapat perubahan dalam tingkahlaku dan persepsi diharapkan keuntungan akan dapat dicapai pada jangka masa yang panjang (Clark-Murphy, 2010). Teori Persepsi olah Kahneman adalah teori berisiko dalam membuat keputusan kerana hanya berdasarkan persepsi tanpa maklumat yang lengkap ia akan mengundang pelbagai kemungkinan yang tidak dapat dijelaskan. Adakalanya ia akan merugikan, benar-benar merugikan, menguntungkan atau akan menyebabkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines benar-benar akan menjadi muflis. Tetapi dalam teori persepsi juga, pengurusan tertinggi boleh melakukan perubahan kerana ia memandangkan bahawa kerajaan akan sentiasa menyokong dan memastikan operasinya berjalan terus walaupun ia mengalami kerugian (Kahneman, 1979).

Dalam membuat keputusan berisiko, seseorang pemimpin perlu mempunyai kekuatan dalam dirinya agar apa juga keputusan yang dihadapinya ia tidak akan terkejut dan menerima keadaan tersebut dengan tenang. Sebagai contoh, melakukan pelaburan dalam pasaran hadapan. Situasi yang tidak jelas boleh sahaja menjelaskan bahawa ia akan mengalami kerugian tetapi oleh kerana ia adalah pelaburan jangka masa panjang atau pelaburan hadapan, harapan tetap ada dan ia hanya mengharapkan akan berlaku perubahan alam pasaran tersebut. Apabila pasaran tersebut tidak berjaya ia boleh lagi menerimanya dengan dada yang terbuka dan tidak menyesali tindakannya. Pemimpin jenis sebegini adalah pembuat keputusan tanpa penyesalan terhadap keputusan yang dilakukannya(Kahneman, 1979).

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, Membuat keputusan adalah salah satu keperluan yang perlu ada kepada seseorang pemimpin. Membuat keputusan perlu dirangka oleh seseorang pemimpin yang bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu perkara, memastikan matlamat yang dirangka dapat dicapai dengan jayanya dan dapat mentafsir permasalahan yang mungkin wujud daripada keputusan yang dibuat. Dalam penerangan yang dijelaskan di atas terdapat tiga aspek yang diambilkira dalam mambuat keputusan iaitu;

1. Membuat keputusan dalam keadaan kepastian

2. Membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian dan

3. Membuat keputusan dalam keadaan berisiko.

Ketiga-tiga cara membuat keputusan persekitaran yang diterangkan tadi menjelaskan bahawa, Proses Membuat Keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat keputusan bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar. Keputusan merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang sedia ada dan kadangkala ia melibatkan emosi juga. Pembuat keputusan juga berminat untuk mengetahui akibat daripada tindakan, ekoran daripada pilihan yang dibuatnya. Melalui perbincangan yang diterangkan, dapatlah disimpulkan bahawa beberapa aspek boleh diambilkira iaitu;

1. Mengenalpasti Keperluan dalam membuat keputusan

2. Mengenalpasti Situasi permasalahan yang mungkin wujud

3. Rasional dalam membuat keputusan

4. Penetapan matlamat yang jelas

5. Pembentukan alternatif

6. Pemilihan dan pelaksanaan alternatif

7. Membuat penilaian dan maklum balas

Apabila maklumat tersebut telah lengkap, seseorang pembuat keputusan itu perlulah mengambilkira beberapa perkara dalam membuat keputusan seperti emosi, berfikiran rasional, menggunakan maklumat sepenuhnya, memastikan sebarang keputusan yang diambil adalah kurang risiko, perlu menggunakan kemahiran yang dimiliki dalam membuat keputusan dan apabila semua telah ada, perancangan strategic perlu dibuat dahulu dengan mengambilkira semua aspek. Manakala apabila maklumat yang ada itu tidak ada maka ketidakpastian dalam membuat keputusan perlu ditekankan iaitu seseorang itu perlu melihat semula bahawa manusia tidak boleh meramal masa hadapan. Oleh itu sebagai langkah keselamatan seseorang pembuat keputusan, keputusan mesyuarat perlu digunapakai dalam membuat keputusan agar kesalahan dirinya boleh dikurangkan, Menggunakan semua pandangan dan pengalaman dalam membuat keputusan, Menganalisa persekitaran yang ada, boleh meramal masa hadapan, sentiasa istiqamah atau konsisten dan menerima sebarang kebarangkalian yang berlaku. Manakala dalam keadaan berisiko pula, maklumat yang ada tidak lengkap, seorang pembuat keputusan perlu memikirkan tindakannya sama ada ia adalah suka kepada risiko, neutral terhadap risiko atau boleh menerima risiko. Pada tahap sebegini seseorang pembuat keputusan itu perlu mempunyai kekuatan dalam dirinya dan apabila ia membuat keputusan dan mendapati keputusan itu kurang tepat ia harus tidak menyesal dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana itulah situasi yang sering dialami oleh seorang pembuat keputusan.

Dalam membuat keputusan, perkara yang penting sekali ialah melihat situasi dan risiko yang wujud selepas itu. Pemimpin yang baik akan mengurangkan risiko dan cuba mendapatkan keuntungan atau faedah yang lebih dalam membuat keputusan. Mengambil keputusan kadang-kadang mudah tetapi mungkin ia agak sukarsekali. Kemudahan atau kesulitan mengambil keputusan tergantung pada banyaknya alternatif yang tersedia. Semakin banyak alternatif yang tersedia, kita akan semakin sukar dalam mengambil keputusan. Keputusan yang diambil akan mengundang pelbagai kemungkinan. Ada keputusan yang tidak diperlukan dan ada keputusan yang memang diperlukan dan berjaya. Apapun yang diputuskan ia akan menentukan kelangsungan sesebuah organisasi. Sebagai pembuat keputusan, pemimpin organisasi perlu memastikan agar sebarang tindakan yang digunakan itu memberi kesan kepada organisasi dan menjadikan perkara negatif kepada positif.

Avsec, A.(2012).Do Emotionally Intelligent Individuals Use More Adaptive Decision-Making Styles?.Studia Psychologica, 54(3) 209-220.

Bean, S., Henry, B., Kinsey, J. M., McMurray, K., Parry, C., & Tassopoulos, T. (2010). In the Field Enhancing Research Ethics Decision-Making: An REB Decision Bank. IRB: Ethics & Human Research.

Cenkseven-Onder, F. (2012). The Influence of Decision-Making Styles on Early Adolescents’ Life Satisfaction. Social Behavior and Personality: an international journal, 40(9), 1523-1536.

Clark-Murphy, D. (2010). Do Interactive Theories Really Explain Public Sector Managerial Decision-Making?. Asian Social Science, 6(3), P17.

David, P., & Siregar, B.(2003). Pengaruh Kecenderungan Manajer Dalam Pembuatan Keputusan Terhadap Payoff Magnitude. Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi, Yogyakarta.

Er, F., & Lezki, S. (2012). The Usage of Influence Diagram for Decision Making in Textiles. Asian Social Science, 8(11), 163-169. (OUM Digital Library).

Ewa, R.(2010).Multi-Criteria Decision Making Models By Applying The Topsis Method To Crisp And Interval Data. International Workshop on Multiple Criteria Decision Making, Conference Proceeding2010/2011, p200-230.

Good, D., & Yeganeh, B. (2012). Cognitive Agility. Challenges and Practical Suggestions, 44(2), 13-17.

Harris, A. W. (2012). Insurgency Decision-making under Conditions of Risk. International Journal of Psychological Studies, 4(3), p43-47.

Heath, C., & Tversky, A. (1991). Preference and belief: Ambiguity and competence in choice under uncertainty. Journal of risk and uncertainty, 4(1), 5-28.

Kahneman, D., & Tversky, A. (1979). Prospect theory: An analysis of decision under risk. Econometrica: Journal of the Econometric Society, 263-291.

Leykin, Y., Roberts, C. S., & DeRubeis, R. J. (2011). Decision-making and depressive symptomatology. Cognitive therapy and research, 35(4), 333-341.

Mellers, B. A., Schwartz, A., Ho, K., & Ritov, I. (1997). Decision affect theory: Emotional reactions to the outcomes of risky options. Psychological Science, 423-429.

Mellers,B.A., Schwartz, A., & Cooke, A.D. (1998).Judgment and decision making. Annu Rev Psychol, 49, P447–477.

Nygren, T. E. (1998). Reacting to Perceived High-and Low-Risk Win–Lose Opportunities in a Risky Decision-Making Task: Is It Framing or Affect or Both?. Motivation and Emotion, 22(1), 73-98.

Ohira, H. (2011). Beneficial Roles of Emotion in Decision Making: Functional Association of Brain and Body. Psihologijske teme, 20(3), 381-392. (OUM Digital Library).

Roszkowska, E. (2009). Application TOPSIS methods for ordering offers in buyer-seller transaction. OPTIMUM, 117.

Shoemaker, L. K., Kazley, A. S., & White, A. (2010). Making the case for evidence-based design in healthcare: a descriptive case study of organizational decision making. Health Environ Res Des, 4(2), 7-16.

Taghavifard, M. T., Damghani, K. K., & Moghaddam, R. T. (2009). Decision Making Under Uncertain and Risky Situations.

Tversky, A., & Kahneman, D. (1981). The framing of decisions and the psychology of choice. Science, 211(4481), 453-458.

Tversky, A., & Kahneman, D. (1992). Advances in prospect theory: Cumulative representation of uncertainty. Journal of Risk and uncertainty, 5(4), 297-323.

Ule, A. (2009). Collective Decision Making as the Actualization of Decision Potential. Interdisciplinary Description of Complex Systems, 7(2), 90-105.

Wu, G., Zhang, J., & Gonzalez, R. (2004). Decision under risk. Blackwell handbook of judgment and decision making, 399-423.

Zimmerman, T. (2012). Wildland Fire Management Decision Making. Journal of Agricultural Science & Technology, 2 (2b), p169-178. (OUM Digital Library).

Ditulis oleh: Mazuin Mustapa

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Communication Barriers

INTRODUCTION

Communication is a very important element in the delivery of information, mission, vision and all aspects of an organization. The objectives of an organization can only be achieved, understood and appreciated with effective communication. Effective communication will be drive the organization to new heights level. Any technology, as rich as individual, as strong as any building an organization but when there are communication barrier within the organization it will be shaken well and will have internal problems. When there is effective communication, mission, vision, objectives of the organization will be understood and appreciated by every employee and can drive the organization to a higher level of communication between individual and the other individual. Effective communication between individual builds a strong organizational culture (Parsons, 2012).

In communication there are some elements that are explained by Scramm that there was a sender and receiver. Sender will perform as well as encode to receiver. This transition will occur when there is feedback rotate between sender and receiver. The sender will send a verbal message to the recipient verbal or through a medium or without medium either directly or using equipment either opposed or confronted (Croft, 2004). When the recipient gets the message it will do feedback to the sender and the receiver upside down question would be about the sender. Clear explanation can be explained by a modified diagram Scramm communication model (Singhal).

clip_image002

Model Of Communication (Schramm, 1954)

clip_image004

The Shannon-Weaver Mathematical Model. (Dobra, 2008)

Element in this communication will determine the quality of communication and that’s what happened in the communication of an organization. A good organization has good elements and complete in communication. Any problem in communication within the organization it will reduce the effectiveness of the communication.

In determining the effectiveness of communication within the organization which may well use a medium such as memos, letters, reports, bulletin boards, handbooks, newsletters and so on. Some organizational use a verbal media, choices include face-to-face conversations, telephone, computer, television, tape-recorded messages, sound or slide shows, e-mail, and so on (Lunenburg, 2010).

Effective communication is the communication that there is no barriers that is too heavy to be understood and barriers that can not be resolved. Barriers in communication model found in Schramm is noise. There are many barriers in the communication like process barriers, physical barriers, semantic barriers, and Psychosocial barriers (Eisenberg, 2010). The main barriers in the communication barriers is communication process itself in a model of communication that is available and the second is Psychosocial barriers. Lunenburg was explained that there are 14 barriers in the communication that is Sincerity, Empathy, Self-perception, Role perception, Efforts to distort the message, Images, Vehicle, Ability to Communicate, Listening Ability, Culture, Tradition, Conditioning, Noise and Feedback (Lunenburg, 2010). The other also state that the communication barrier consists of writing, language barriers, barriers of time and distance, medium used, and the human element itself (Could, 1969). While aspects of Technical, Infrastructure / Support Services, Social, Prerequisite Skills, Motivation, and Time / Interruptions also a barrier in communication (Dabaj, 2011). Lubomir describes that method breakdown, Recipient breakdown, chain of command, language, vague goals, medium, message passing, location and distraction are the things that often happens in organizations (Lubomir, 2007).

In these explanation, I would conclude the cause of communication barriers in only five of the many barriers that described and I will explain collectively these barriers easy to understand. It will discuss the barriers to communication such as Process Barriers, physical barriers, semantic barriers, Psychosocial and cultural barriers (Eisenberg, 2010).

COMMUNICATION BARRIERS

1. Process Barriers

Process Barriers are barriers to the communication process itself. In the model Schramm, Noise it is the communication barrier that truly effective communication disorder. When people are talking, noise from the external aspect of the conversation would disturb up to take it and actually have an impact on the effectiveness of the communication in organization. For example, an employer is giving orders to his subordinates in the meeting room but at the same time there are a number of barriers that cause orders not be delivered effectively to the subordinater like vacumm, road accidents, airplane and so on will to cause disruption in delivering the message to the recipient. Employees who hear instructions will be misbehaving and losing concentration and thinking of other aspects. Sounds accident under the office would interfere with the employee is not aware because there was thinking about the accident. The accident it will affect the communication between the employer with subordinates. Although brief but thought the employee was distracted. Although employers can only give directions but they will be wondering whether the sound accident is the sound their car. Anxiety is an barrier in the communication itself.

Additionally, in the process barriers, the communication model has been described that there are two things involved the sender, receiver, message and the medium used. When one is not in the process. It will make communication actually does not exist and when this happens it means the organization has experienced a communication breakdown. If in the process of communication no one identified, it as a whole disturbing. In the absence of the sender or recipient, communication as a whole did not happen. If an employer want to give instructions to its employees but subordinates was on vacation and could not be reached, meaning the process barrier occurs no receiver mean no transmitter.If the sender and the receiver is there on the same time there is no medium used or the message, it will also be totally disrupted. Whether the medium is non verbal and verbal such as telephone conversations, face to face, in writing, memos, letters and so on. Employer in an organization can not delivering messages or instructions if no medium itself. If the message to be conveyed is not up to the actual receiver it will bring problems in the organization and make communication ineffectiveneas. Such interference will take time to resolve because the employee is required to find or understand to whom the order is given and the instructions are actually directed and the same time the organization communication is actually not effective.

2. Physical barriers

Physical Barriers are barriers in the physical form. Lubomir explain that a physical barrier is defined as internal communications or equipment used. Phone calls, communication by fax, internet, telex and other electronic equipment are also said to be physical barriers (Lubomir, 2007). Walls, barriers, mirror, telephone boxes, and many more of a physical nature is a barrier in communication. Even are person also said to be a physical barrier. Although communication can occur, but the understanding of the communication that occurs possibility is different from what we want.Barriers such as glass wall is the most obvious example. \Employers can scold an employee with a glass wall behind the sign language but does the employee understand the whole conversation employers through the glass wall only.

Besides personal position that we want to send the message is also important. A person who speaks without looking physically employees face is a very poor communication. No disrespect in a conversation. Similarly, when an employer does not ignore the environment where they are. Geographical differences also factor into these communication barriers. For example, an employer who is London can not give orders to employees who were in Kuala Lumpur at 3 pm from London because in Kuala Lumpur during that time was eleven o’clock (Ganesh, 2009).

3. Semantic barriers

Semantic Barriers are word used in communication. Different sentences used is important in effective communication. When we are in different organizations and have different knowledge. The language we use must be on terms that are commonly used. Mouse in the language of technology is a tool to use in conjunction with the keyboard and the mouse in ordinary language is an animal. Target group here is very important in determining effective communication. Semantic Barriers should be adopted by the genre, including public communication (Askehave, 2003). In semantic barriers also an employer needs to know the current situation and the individuals within the organization. Deaf or hearing problems (Collier, 2012), older people have less memory (Sparks, 2007) and so should be considered in managing apply to a organization. When communication is performed because of hearing problems (Watson, 1984) then it is called Semantic barriers. Native language is also to be found in any one organization. For example ‘AUK’ in brunei language means ‘yes’ and a ‘AUK’ in Kadazan-Dusun means ‘no’.

4. Psychosocial barriers

Psychosocial barriers are the biggest barriers in the organization. Lunenburg point Psychosocial barriers to the 14 elements of Sincerity, Empathy, Self-perception, Role perception, Efforts to distort the message, Images, Vehicle, Ability to Communicate, Listening Ability, Culture, Tradition, Conditioning, Noise and Feedback (Lunenburg, 2010) . While Golen describes it ot Attitude, Ideas, Reaction, Perception, Information Overload, Status, Timing and Speaking Loudly (Golen, 1984), Dabaj tells of the hidden barrier, resistance to new technology, Fear from technology, feeling, lack of direct feedback and no pressure to respond (Dabaj, 2011). Whatever communication expert opinion it still revolves around the individual and social community. In Psychosocial barriers, what to be explained is related to the individual’s own either external or attitude. Great communication barriers in Psychosocial barrier is about honor, particularly title to a person by gender, status and type of titles we select (Russman, 2009). For example, for a married woman use the term ‘Madam’ is more accurate than ‘miss’. Such barriers cause there is communication breakdown, the receiver may not be longer perform communication with senders.

In addition. Conditioning is also a barrier in communication. Uncomfortable conditions cause listeners less interested in communication and active listening forces also disrupted. There is also interference in communication terms provide responses and feedback as if the listener can not provide responses and feedback. When the listener can not provide responses and feedback, which means there are barriers to communication. A good communicator will see the reaction, perception and appropriate timing to deliver the message to the listener and to check that the listener does not get bored with the information overload and tones used are not using loudly speaking.

5. Culture Barriers.

Culture is a point in the social field according to Lunenburg. Less familiar culture of location is also a factor in the communication barrier. With the language we already know. Like Bongawan use language as language imitating peninsular Malaysia. When a person going to Tawau, the use of language ‘We’ do not mean ‘we’ but ‘you’, it’s different from the areas around Kota Kinabalu. The term ‘kau’ in the culture of the peninsula it is the use of coarse language but the culture of the people of Sabah, it is commansense. Even when a person to ride around Kota Kinabalu you will hear the use of the term ‘boss’ also drivers already are ‘boss’ there call that’s the culture of Sabah.

WAYS OF OVERCOMING THESE BARRIERS

According to the American Management Association (1955) there are several ways to overcome communication barriers. Namely (Bolarinwa, 2009);

· Clarify of ideas

· Examination of purpose.

· Understanding of human and physical environment

· Planning, consultation and discussions

· Request for support and approval

· Weigh and consider the content and also the overtones of the message

· Communicate helpful and palatable messages

· Actions must be congruent with communication

· Listen well to get the organization move forward.

Based on this, we can say that although there are communication barriers to create effective communication, there are several ways to overcome it barriers (Stoner, 1999).

1. Clarify your ideas before communicate. Before starting the conversation to make sure we have know idea. Keep it clear in advance. Make sure we have set goals and how to communicate ideas and to whom it is to be served.

clip_image006

Message of Communication (Dobra, 2008)

2. Examine the true purpose of each communication. Before you communicate, ask yourself what you really want to accomplish with your message – obtain information, initiate action, change another person’s attitude? Identify your most important goal and then adapt your language, tone and total approach to serve that specific objective.

3. Understanding of the human and physical environment. That means we know beforehand that we want to talk to human and environment there. Good employer would get angry when subordinates call into the room so as not to embarrass there employees infront there partner. That social climate pervades the work Relationships Within the company or department and sets the tone of its communications; custom and past practice – the degree to Selatan your communication.

4. Planning, consultation and discussions, in planning communications. Such consultation often helps to lend additional insight and objectivity to your message. Moreover, those who have helped you plan your communication will give it their active support.

5. Weigh and consider the content and also the overtones of the message, while you communicate, of the overtones as well as the basic content of your message. Your tone of voice, your expression, and your apparent receptiveness to the responses of others – all have tremendous impact on those you wish to reach. Frequently overlooked, these subtleties of communication often affect a listener’s reaction to a message even more than its basic content.

6. Request for support and approval, when it arises, to convey something of help or value to the receiver. Consideration of the other person’s interests and needs.

7. Communicate helpful. While communications may be aimed primarily at meeting the demands of an immediate situation, they must be planned with the past in mind if they are to maintain consistency in the receiver’s view; but, most important of all, they must be consistent with long-range interests and goals. For example, it is not easy to communicate frankly on such matters as poor performance or the shortcomings of a loyal subordinate – but postponing disagreeable communications makes them more difficult in the long run and is actually unfair to your subordinates and your company.

8. Actions must be concruent with communication. In the final analysis, the most persuasive kind of communication is not what you say but what you do. For a manager, this means that good supervisory practices – such as clear assignment of responsibility and authority, fair rewards for effort, and sound policy enforcement – serve to communicate more than all the gifts of oratory.

9. Listen well to get the organization move forward. Be a good listener. When we start talking we often cease to listen – in that larger sense of being attuned to the other person’s unspoken reactions and attitudes. Listening demands that we concentrate not only on the explicit meanings another person is expressing, but on the implicit meanings, unspoken words, and undertones that may be far more significant.

CONCLUSION

For conclusions, Communication is the process of transmitting information and common understanding from one person to another. The elements of the communication process are the sender, encoding the message, transmitting the message through a medium, receiving the message, decoding the message, feedback, and noise. A number of barriers retard effective communication. Process barriers, physical barriers, semantic barriers, psychosocial barriers and culture barriers. To improve the effectiveness of communications, all manager, employer must be have good skill in communication. Communication with the people around us is something that we do everyday in our lives.

In many organizations, there are many different types of media used either in person or is not face to face. for example, e-mail is a communication tool that many people use today. Mobile phones are also used in communication. but a other communication methods. but not a way to convey important messages and urgent. To find out whether it is important or not, it depends on how communication is implemented. Whether it is effective or ineffective. How information is transmitted (sent, coding, receiving and decoding) that you are communicating with (what is their preference for communication style), what is the message and how its importance?.

In this situation, effective communicators know that listening is just as important as talking. Even if someone expresses their thoughts and feelings very well; if the other person isn’t listening, the message won’t get across. Listening to the other person not only means you’re hearing what they’re saying, but also trying to understand what they’re trying to convey. Future managers and leaders must strive to become powerful communicators by acquiring good perception of their target audience and being precise in their expressions. They should have good command over the process of reshaping opinion of their audience and remain both friendly and congenial in their disposition. In Management communications play a crucial role in setting corporate objectives, formulating strategies and facilitating management through planning, organizing, staffing, leading and controlling. Effective communication structures are a core component to implementing effective communication patterns and evoking a strong culture to shape a more effective organization.

 

Askehave, I., & Zethsen, K.K. (2003). Communication Barriers in Public Discourse. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company.

Bolarinwa, J.A., & Olorunfemi, D.Y. (2009), Organizational Communication For Organizational Climate and Quality Service in Academic Libraries. Library Philosophy and Practice.

Chandra,S., Theng, Y.L., O’Lwin, M., & Foo, S. (2011). Exploring Trust To reduce Communication Barriers in Virtual World Collaboration. 60th Annual International Communication Association (ICA) Conference, Boston, U.S., May 26-30.

Collier, B. (2012). Communication Access: Improving Accessibility For People With Communication Disabilities. CASPLO Today, Andrew John Publishing.

Could, J. R.(1969). Barriers To Effective Communication. Journal of Business Communication January 1969 vol. 6 no. 2 53-58.

Croft, R. S. (2004). Communication Theory. Eastern Oregon University, La Grande, Oregon.

Dabaj, F. (2011). Analysis of Communication Barriers To Distance Education A Review Study. Online Journal of Communication And Media Technologies, Volume 1, Issue 1.

Dobra, A.,& Popescu, A.V. (2008). Barriers in Verbal Communication. Scientific Bulletin of “Politehnica” University Of Tamisoara, Transactions On Modern Language, Vol 7, No.1-2.

Eisenberg, E. M. (2010). Organizational communication: Balancing creativity and constraint. New York, Saint Martin’s.

Ganesh, S. (2009). Organizational Communication and Organisational Communication: Binaries and The Fragments Of A Field. Communication Journal of New Zealand, 10(2), 6-17.

Golen, S.P., Catanach Jr, A.H., & Moeckel, C. (1997). The Frequency and Seriousness Of Communication Barriers in The Auditor-Client Relationship. Journal Business Communication Quarterly, Volume 60, Number 3.

Golen, S.P., Burns, A.C.,& Gentry, J. W. (1984). An Analysis of Communication Barriers in Five Methods of Teaching Business Subjects. Journal of Business Communication July 1984 vol. 21 no. 3 45-52.

Hogan, K., & Stubbs, R. (2003). Can’t Get Through: 8 Barriers to Communication. Pelican Publishing, Louisiana.

Lakshmi, P. (2012). Caltural barriers through Communication – As Explained in Amy Tan’s The Joy Luck Club, Language in India, Col 12. Issue 1, p70-p76

Lubomir, S. (2007). Nature And Definitions Of Business. Language In India, Strength For Today And Bright Hope For Tomorrow, Volume 7.

Lunenburg, F.C. (2010). Communication: The Process, Barriers, And Improving Effectiveness. New York, Sam Houston State University.

Parsons, M., & Urbanski, S. (2012). Recognizing Dysfunctional Communication a Means Of Improving Organizational Practices. Online Journal of Communication And Media Technologies, Volume 2, Issue 4.

Pereira, P.C.A., & Fortes, P.A.D.C. (2010). Communication and Information Barriers to Health Assistance for Deaf Patients. American Annals of the Deaf Volume 155, Number 1.

Russmann, U., (2009). Gender-Specific Behavior on Information and Communication Platforms: Gender Barriers to Access and Gender Barriers to Usage. Paper presented at the annual meeting of the International Communication Association, Marriott, Chicago, IL Online. 2012-06-20 from http://www.allacademic.com/meta/p295557_index.html.

Schramm, W. (1954). How communication works. In W. Schramm (Ed.), The process and

effects of mass communication. Urbana, IL: University of Illinois Press.

Singhal, A. Wilbur Schramm: Portrait of a Development Communication Pioneer.

Sparks, L. (2007). Cancer care and the aging patient: Complexities of age-related communication barriers. The handbook of communication and cancer care, 227-244.

Steven, S. (1980). An Analysis of Communication Barriers in Public Accounting Firms. Journal of Business Communication, v17 n5 p39-49.

Stoner, J.A.F. (1999). Management Second Edition. Pearson Education

Watson, K.W., & Smeltzer, L.R. (1984). Barriers to Listening: Comparison between students and practitioners. Communication Research Reports , 1(1), 82-87.

 

Tulisan: Mazuin Mustapa

Posted in Uncategorized | Leave a comment

KESAN INTERNET KE ATAS PELAJAR : MANFAAT DAN KEMUDARATAN

KESAN INTERNET KE ATAS PELAJAR : MANFAAT DAN KEMUDARATAN

PENGENALAN

Internet ialah singkatan daripada Inter-network atau rangkaian yang menghubungkan antara satu dengan yang lain. Internet dimulakan di Amerika Syarikat ketika perang dingin antara Amerika Syarikat dan USSR (Union of Soviet Socialist Republics) atau lebih dikenali sebagai Rusia. Pada masa perang dingin, Amerika dan Rusia berlumba-lumba mencipta senjata. Amerika risau sekiranya perang nuklear tercetus semua perhubungan terputus dan maklumat persenjataan tidak dapat dicapai. Dengan adanya internet peralatan tentera Amerika masih dapat berfungsi. Oleh itu, Jabatan Pertahanan Amerika telah merangka satu projek yang dinamakan Agensi Projek Penyelidikan Kehadapan atau Advanced Research Projects Agency (ARPA) dan dikenali kemudian sebagainya sebagai Agensi Pertahanan Projek Penyelidikan Kehadapan atau Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA). Dan apabila dirangkaikan menjadi ARPANET. ARPA net bermula 1969 (Keefer, 2001). Di Malaysia pula, Internet dijangka bermula pada tahun 1995 dan meningkat penggunaannya kepada awam pada tahun 1996. Antara Oktober hingga November 1995 melalui kajian MIMOS, didapati terdapat seramai 20 ribu pengguna internet di Malaysia dan meningkat menjadi 700 ribu pada tahun 2000 dan seterusnya hampir empat juta pada tahun 2004. Pengguna boleh mencapai dimana-mana sahaja mereka berada, dipejabat, di di restoran, Di kedai kopi dan pelbagai tempat lagi (Painter, 2001).

Selepas itu internet terus berkembang dengan pesat sehinggalah sekarang ini. Daripada Laman Sesawang (Web Browsing), Surat Elektronik (E-Mail), Berborak (Chat), Persidangan Video (Video conference), melampirkan bahan (Attachment), LMS (Learning Management System) yang membentuk VLE (Virtual Learning Environment) dan sebagainya. Internet telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan (Painter, 2001). Dianggarkan pengguna internet pada tahun 2010 ialah 1.97 billion (Gencer, 2012). Bagi golongan pelajar pula terdapat beberapa manfaat dan kemudaratan yang boleh diperolehi daripada penggunaan internet. Internet telah menjadi satu kegilaan bagi pelajar dan boleh dikatakan ia telah menjadi satu ketagihan kepada pelajar. Sebagai contohnya di Jepun, terdapat pelajar dikatakan menggunakan internet 20 jam sekali penggunaan dan ada pula sehingga 40 jam tanpa sebarang masalah. Kajian di Jepun telah dijalankan kepada 242 pelajar kolej dan mendapati pelajar lelaki lebih cenderung ketagihan internet berbanding pelajar perempuan. Ketagihan ini telah menjadikan satu konflik dalam kehidupan pelajar tersebut kerana ia telah mewujudkan konflik kekeluargaan, perhubungan, pekerjaan dan persekolahan (Sato, 2006).

Perbincangan kali ini akan ditumpukan kepada empat manfaat dan empat kemudaratan yang dialami oleh pelajar dalam penggunaan internet. Secara umumnya, terdapat empat manfaat dalam internet iaitu membina hubungan, perkembangan keilmuan, penggunaan dalam kehidupan dan pekerjaan. Manakala empat kemudaratan yang akan dibincangkan ialah bahan lucah, penyalahgunaan, ketagihan dan gangguan.

MANFAAT

Membina Hubungan

Internet dijadikan alat untuk membina hubungan seperti penggunaan chat email, bermain permainan atas talian, membaca/ menonton/ mendengar berita, dan mencari pekerjaan (Peou, 2011). Melalui internet seseorang itu boleh membina hubungan secara langsung mahupun tidak langsung. Antara penggunaan internet yang kerap digunakan sebagai membina hubungan ialah seperti facebook, google+, myspace, Friendster, instagram dan pelbagai lagi social network yang lain. Sebagai contoh Facebook. Facebook boleh membina hubungan yang telah lama terputus dengan rakan-rakan. Facebook boleh menghubungkan kawan lama semula dengan seseorang (Ellison, 2007).

Penggunaan forum dalam internet digunakan untuk memperluaskan hubungan, membina hubungan, menambah keyakinan diri dan mendapatkan sokongan masyarakat (Weinstein, 2010). Forum yang terdapat pada internet membolehkan seseorang meningkatkan keyakinan diri tanpa rasa malu tentang identiti mereka terdedah. Tidak semua identiti seseorang itu didedahkan dan ini membolehkan seseorang itu berbicara apa sahaja tanpa kerisauan akan dimalukan oleh rakan atau keluarga. Seseorang boleh menggunakan bahasa inggeris yang teruk dalam forum, berborak (chat) atau menghantar email. Tidak semua pelajar boleh bercakap bahasa inggeris dengan baik. Tetapi melalui internet, seseorang itu boleh mempelajari bahasa inggeris secara pantas apabila menggunakan bahasa inggeris yang teruk dan diperbetulkan dari masa ke semasa melalui forum, chat dan email (Peou, 2011).

Perkembangan Keilmuan

Internet mengurangkan jurang pendidikan terutamanya di luar bandar, banyak universiti awam dan universiti terbuka menjadikan ICT sebagai komunikasi terpantas dalam memberikan pendidikan. Pada masa sekarang, internet membolehkan masyarakat luar Bandar mendapatkan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi lagi (Suvarna, 2012). Masyarakat luar bandar atau kawasan pedalaman sukar untuk bergerak atau berada di universiti, walaupun mempunyai kelayakan untuk memasuki universiti tetapi atas sebab kewangan dan tempat tinggal, seseorang boleh terus belajar melalui internet. Pelajar tidak perlu lagi berada di universiti secara sepenuh masa. Universiti terbuka adalah alternative kepada pembelajaran secara jarak jauh. Pelajar boleh belajar dimana sahaja mereka berada tanpa menghadiri kelas pembelajaran kerana mereka boleh belajar melalui internet seperti penggunaan VLE (Virtual Learning Environment) atau LMS (Learning Management System) seperti moodle dan tutor-A. Malah ada yang menggunakan youtube sebagai medium untuk belajar secara maya melalui video yang dimasukkan kedalam VLE dan LMS (Suvarna, 2012).

Selain itu, kelebihan internet adalah memberi kesan kepada kaedah pembelajaran dengan cara memberikan kaedah pembelajaran alternative dan cara pembelajaran lebih kreatif (Isman, 2004). Pembelajaran bukan lagi tertumpu kepada chalk and talk yang diamalkan seperti zaman persekolahan sebelum kemunculan ICT tetapi pembelajaran lebih menarik dengan penggunaan smartboard, VLE, LMS, Youtube, forum dan sebagainya. Berdasarkan kajian kepada 173 pelajar di Eastern Mediterranean University, 76.6% menyatakan Internet sebagai perpustakaan tanpa batasan dan 67.6% memudahkan dalam mencari ilmu (Isman, 2004). Sumber maklumat dan ilmu bukan lagi pada buku semata-mata tetapi boleh diperolehi melalui internet. Pelajar boleh mendapat berjuta-juta artikel, bahan, journal, buku dan sebagainya melalui internet. Digital Library adalah satu kemudahan yang boleh diperolehi. Penggunaan Laman Sesawang seperti Google, Yahoo, MSN, Lycos dan sebagainya memudahkan pencarian bahan untuk pembelajaran (Iskandar Abd Rashid,2001).

Pengetahuan dalam ICT memberi peluang kepada pelajar untuk membentuk maklumat dan pengetahuan mereka tentang kehidupan, masyarakat mereka dan dunia yang ada sekarang (Ezziane, 2007). Pengetahuan mereka dibentuk melalui pembacaan di internet, berita semasa dan berita lalu boleh dicapai melalui internet malah bahan-bahan sejarah juga boleh didapati melalui internet. Tugasan pelajar sudah tidak lagi sesukar dahulu yang memerlukan pelajar pergi ke perpustakaan atau arkib untuk merujuk sumber lampau atau kajian lampau tetapi sudah memadai mencarinya melalui internet. Penghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru sudah boleh dihantar terus melalui laman web VLE mahupun melalui email tanpa perlu bersemuka dengan pensyarah, menghantar bahan secara bercetak yang memerlukan pelajar mengeluarkan kos mencetak, mengkompilkannya dan penghantaran. Malah ia juga memberikan motivasi untuk pelajar meneruskan pembelajaran kerana sumber yang boleh didapati diinternet terlalu banyak dan membolehkan ilmu dapat diperolehi dengan banyak dan boleh dikembangkan (Jackson, 2000).

Penggunaan Dalam Kehidupan

Internet telah menjadi satu fenomena dalam kehidupan seharian. Ia mengurangkan kos dalam kehidupan. Sebagai contohnya menghantar surat sudah tidak menggunakan kos yang tinggi. Seseorang boleh menghantar lebih 200 email sehari menggunakan telefon bimbit (Sato, 2006) tanpa sebarang kos tambahan untuk menghantar surat kepada kenalan, majikan, atau kepada sesiapa sahaja. Internet boleh membantu syarikat yang ingin menjual barangan mereka kepada pelanggan yang tidak ada masa untuk membeli belah (Zoroja, 2011). Seseorang yang tidak ingin keluar daripada rumah boleh sahaja membeli belah melalui internet seperti facebook, lelong.com.my, mudah.my, zalora dan pelbagai lagi produk boleh dibeli melalui internet dan hanya perlu menggunakan kad kredit, pemindahan wang secara atas talian, paypal atau pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk melakukan pembayaran. Sebagai seorang pelajar, pembayaran yuran kepada universiti boleh dilakukan secara atas talian dan tidak lagi perlu menghadirkan diri ke kaunter universiti untuk menjelaskan yuran. Pelajar tidak perlu berbaris di kaunter bayaran lagi tetapi hanya berada di hadapan komputer untuk melakukan transaksi.

Internet juga boleh mengurangkan jurang digital, meningkatkan ekonomi, meningkatkan kualiti kehidupan dan penyertaan kehidupan dan seterusnya menjadikan masyarakat luar bandar kepada masyarakat bermaklumat (Hanke, 2009). Berita dalam Negara atau luar Negara boleh didapati melalui internet membolehkan maklumat sampai lebih cepat walau dimana juga seseorang itu berada. Pelajar di pedalaman atau luar bandar sudah tidak lagi seperti “katak dibawah tempurung”. Dengan pengurangan jurang digital membolehkan keciciran pembelajaran pelajar dapat dikurangkan dan boleh mencapai maklumat sebagaimana yang boleh dicapai oleh pelajar yang berada di bandar besar.

Internet juga sering digunakan dalam kehidupan seharian seseorang pelajar termasuklah mengurus jadual waktu, mengurus masa mengurus aktiviti seperti menggunakan kalendar google, berhubung dengan rakan pelajar, pensyarah, dan guru menggunakan email malah mendapatkan maklumat menggunakan enjin pencarian seperti google, yahoo dan MSN serta melakukan apa sahaja yang memudahkan segala urusan sebagai seorang pelajar seperti pembentangan menggunakan prezi.com, slideshare dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut boleh didapati atau digunakan terus melalui internet malah ada tapak laman web yang menawarkan kemudahan penyimpanan data seperti 4shared, dropbox, megaupload dan sebagainya. Internet memang akan memudahkan kehidupan seseorang pelajar terutamanya dalam pembelajaran seharian seorang pelajar.

Pekerjaan

Internet juga bermanfaat dalam aspek pekerjaan, walaupun dikatakan sebagai pelajar tetapi sebenarnya pekerja juga boleh menyambung kembali pelajarannya sambil bekerja untuk meningkatkan tahap pendidikan, pengetahuan dan tahap sosioekonomi diri seseorang. Pengetahuan komputer adalah kemahiran yang penting diketahui oleh seseorang pada hari ini dalam persekitaran yang mencabar. Antara satu kepentingannya ialah ia mengubah pekerjaan daripada pekerja kolar biru kepada pekerja kolar putih (Ezziane, 2007). Pelajar harus mengetahui bahawa dengan mempunyai pengetahuan tentang internet dan ICT, ia boleh meningkatkan tahap sosioekonomi dirinya dengan mengubah struktur tugasnya kepada yang lebih baik seperti seorang pekerja pemegang STPM atau Diploma boleh meningkatkan pengetahuannya dengan belajar secara jarak jauh melalui internet seperti pembelajaran Universiti Terbuka untuk meningkatkan pengajian daripada tahap sedia ada kepada ijazah, sarjana dan doktor falsafah. Apabila ia mendapat kelulusan yang lebih tinggi ia boleh memohon agar ditukar statusnya daripada kerani atau kakitangan bawahan kepada pegawai atau pengurusan tertinggi.

Berdasarkan kajian kepada 800 syarikat di Amerika didapati kemahiran komputer dan pengetahuan internet memberikan peluang kepada 60% keperluan pekerjaan (Ezziane, 2007). Banyak syarikat sekarang menggunakan internet sebagai bahan pemasaran, pengiklanan dan perluasan pemasaran. Mengambil contoh lelong.com.my, banyak syarikat kecil dan sederhana mengambil pekerja yang mempunyai pengetahuan internet dan cara penggunaannya untuk menjual produk yang dipasarkan oleh mereka. Ramai pelajar yang mengetahui tentang internet dan ia membuka peluang kepada mereka apabila memohon kepada syarikat sebegini sebagai persediaan apabila tamat belajar kelak. Malah ada juga pelajar yang semasa belajar telah menggunakan kemahiran menggunakan internet untuk mendapatkan kewangan sampingan seperti menjual produk jualan langsung, MLM (Multi Level Marketing), produk kecantikan, pakaian dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan semasa belajar dengan membuka blog, facebook, laman web dan sebagainya (Ezziane, 2007).

KEMUDARATAAN

Bahan Lucah

Salah satu yang menyebabkan kepada ketagihan internet ialah melihat bahan lucah. Bahan lucah yang didapati melalui internet merangsang tingkah laku seks (Brand, 2011, & Jones, 2012). Kajian di Malaysia mendapati, terdapat beberapa punca kepada ketagihan internet antaranya mencapai laman bahan lucah, perjudian online, membeli belah secara atas talian, mencari bahan bukan bermaklumat, berborak berjam-jam menggunakan internet (Aliza Abdul Latif, 2010). Melayari laman lucah boleh mengubah tingkah laku seks seseorang daripada biasa kepada keghairahan untuk melakukannya. Bahan-bahan lucah dengan mudahnya boleh diperoleh di internet dan bahan ini adakalanya percuma, berbayar atau berbayar secara beransur-ansur sama ada dalam bentuk gambar, video ataupun animasi. Kaedah yang ditunjukkan dalam internet seringkali merangsang pelajar untuk melakukannya dengan pasangan mereka sehingga menyebabkan gejala sosial (Al Otaibi, 2012). Youtube walaupun mempunyai sekatan tetapi tidak semuanya dapat disekat terutamanya filem-filem yang mengandungi kandungan di bahagian tengah dan hujungnya aktiviti lucah. Laman web seperti teentube.net, xhamster.com dan sebagainya antara laman web yang tidak disekat dan boleh dilayari sewenang-wenangnya oleh mana-mana pelajar.

Penyalahgunaan

Antara penyalahgunaan internet yang paling ketara di kalangan pelajar ialah melakukan plagiat iaitu meniru tulisan atau kajian orang lain, menyalin tugasan orang lain atau menjadikan tugasan orang lain sebagai tugasannya sendiri. Berdasarkan kajian kepada Sembilan kolej dan university di Amerika didapati 698 pelajar memang melakukan plagiat melalui internet. Iaitu menjadikan bahan sumber internet sebagai bahan tulisan mereka tanpa menyebut daripada mana sumber tersebut diperolehi. 6 ribu pelajar menipu dalam ujian dan membuat tugasan, 14.6 % daripada 425 pelajar menyalin terus daripada pelajar lain (Scanlon, 2002). Penyalahgunaan sebegini adalah sesuatu yang tidak baik bagi seseorang pelajar. Sepatutnya pentadbir universiti, fakulti dan kakitangan university perlu mengambilkira tentang kesan penggunaan internet kepada pelajar kerana pelajar tidak belajar dan membaca dan cuma menggunakan internet sahaja sebagaimana yang diterangkan melalui kajian terhadap pelajar kolej dan university (Scanlon, 2002)

“It is no longer much of an insight to say that computers and the Internet have changed and are changing the manner in which all of us write. What is not yet as clear is how these technologies are shaping a new generation of students’ conception of what does and does not constitute fair use of the countless texts so readily available at their desktops. How students use the Internet to complete research and to write papers, and how we respond to electronic textual appropriation, are and will be critical matters for university faculty and administrators as information technology continues its dramatic growth within higher education.” (Scanlon, 2002, P. 383)

Penyalahgunaan ini bukan sahaja melalui plagiat tetapi juga penyalahgunaan masa, ruang dan kemudahan yang ada berbanding menggunakannya dalam kehidupan seharian dan inilah dikatakan sebagai penyalahgunaan kesan ketagihan. Pelajar membina ketagihan dengan menghantar email menggunakan telefon bimbit berbanding meningkatkan tahap akademik, memperbaiki aspek psikologikal dan hubungan antara kawan dan keluarga (Sato, 2006). Mereka sanggup menggunakan berpuluh-puluh jam menggunakan internet berbanding menjalani kehidupan seharian yang tidak memerlukan internet. Berdasarkan kajian kepada 1380 pelajar daripada 20 buah sekolah di Turki mendapati 27% pelajar menyalahgunakan internet. Pelajar ini adalah dikalangan mereka yang berada dalam tahap pembelajaran yang rendah berbanding pelajar yang pencapaian akademik yang tinggi (Gencer, 2012).

Ketagihan

Antara kemudaratan yang lain ialah ketagihan menggunakan internet, mereka sudah tidak hirau dengan kesihatan dan sanggup tidak tidur semata-mata melayari internet. Menurut kajian di Korea, terdapat 37.7% pelajar sekolah tinggi mengalami insomnia kerana ketagihan menggunakan internet (Weinstein, 2010). Di Jepun pula, pelajar yang ketagihan menggunakan internet, boleh menggunakan internet tanpa berhenti sehingga 40 jam dan secara tidak langsung ia memudaratkan kesihatan (Sato, 2006). Ketagihan menggunakan internet boleh merenggangkan hubungan persahabatan, hubungan kekeluargaan dan seterusnya mengubah cara dan gaya hidup seseorang. Bagi pekerja, ketagihan kepada internet akan mengurangkan daya saing serta melembabkan cara bekerja seseorang. Bagi pelajar pula, ketagihan kepada internet akan menjadikan seseorang pelajar tersebut pasif, malas untuk kesekolah, mengantuk kerana menggunakan internet sepanjang masa dan memberi kesan kepada tahap pembelajaran seseorang (Kompf, 2005). Pelajar yang mempunyai ketagihan yang tinggi terhadap internet adalah mereka yang mempunyai pencapaian yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak ketagihan (Young, 1996). Dalam aspek ini, dikatakan bahawa pelajar lelakilah yang paling ramai dalam ketagihan kepada internet berbanding pelajar perempuan (Gencer, 2012).

Gangguan

Selain itu, antara kemudaratan internet ialah lambakan email. Pelajar pada masa sekarang sering kali melakukan lambakan email kepada rakannya mahupun kepada orang lain sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Melakukan lambakan email atau spam adalah aktiviti yang tidak sihat dan menyebabkan gangguan serta tekanan jiwa kepada pengguna yang lain yang menerima lambakan email tersebut. Lambakan sebegini membuang masa dan kadangkala menyebabkan akaun email boleh ditutup oleh pengendali email. Lambakan lain yang dilakukan ialah lambakan pada status facebook seseorang. Lambakan sebegini merupakan gangguan dalam penggunaan internet oleh orang lain. Selain itu, ada pelajar yang melakukan buli siber iaitu melakukan aktiviti buli dengan cara memalukan seseorang kepada orang lain melalui pendedahan di internet seperti memaparkan tingkah tidak elok seseorang melalui internet sehinggakan orang tersebut mengalami gangguan emosi (Aliza Abdul Latif, 2010). Antara contoh buli siber ialah mengambil gambar seseorang dalam facebook yang menjolok mata dan mengubah gambar tersebut serta memaparkannya kepada semua pengguna internet sehingga empunya gambar terasa malu dan amat tertekan. Selain itu, ugutan akan mendedahkan perbuatan atau tingkahlaku orang lain juga merupakan gangguan yang sering kali dilakukan oleh pelajar melalui internet. Melalui internet, seorang pelajar boleh menyamar menjadi orang lain dan menganggu pengguna internet lain selain melakukan aktiviti hacking (Gencer, 2012).

CADANGAN DAN RUMUSAN

Internet adalah satu medium atau alat yang berguna dalam kehidupan seharian, tetapi ia juga mengundang beberapa permasalahan dalam kehidupan apabila terlalu ketagih atau menyalahgunakannya. Tidak dinafikan bahawa, internet akan memberi kesan kepada pelajar malah ia tidak boleh lagi dielakkan dan perlu diteruskan kerana mengabaikan penggunaan internet seperti kembali ke zaman silam malah pengguna internet sudah semakin bertambah dari masa ke semasa sama ada secara wayar mahupun tanpa wayar, sama ada secara setempat seperti komputer desktop mahupun secara bergerak melalui telefon bimbit dan komputer bimbit. Sebagai pelajar, kemahiran menggunakan internet adalah amat penting sekali. Mengetahui kebolehpercayaan, tahap keselamatan dan peraturan-peraturan penggunaan internet amat penting kepada pelajar sama ada pelajar tahap rendah mahupun pelajar universiti (Sato, 2006). Kemudaratan yang diwujudkan melalui internet boleh dikurangkan dengan pelbagai cara.

Bahan lucah adalah sesuatu yang tidak elok untuk ditonton kerana ia mengubah tingkahlaku dan naluri seks seseorang. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pemantauan keluarga amat penting sekali dan sekiranya pelajar cuba mencapainya melalui luar seperti Kedai Siber (Cybercafe) kawalan pihak penguasa tempatan serta pengusaha juga penting. Penggunaan websense atau sekatan (Filtering) boleh digunakan dirumah, diinstitusi, dipejabat, di kedai siber mahupun pemasangannya di komputer, komputer bimbit dan telefon bimbit. Kawalan dalaman boleh dilakukan kepada pelajar agar tidak melayari laman web lucah (porno) kerana aspek luaran adalah sukar untuk dikawal.

Begitu juga tentang penyalahgunaan internet seperti plagiat, dan ketagihan boleh diminimumkan. Bagi mengelakkan plagiat berlaku dengan berleluasa, pihak pengurusan institusi pendidikan, universiti atau penerbit boleh menidakkan pelajar yang melakukan plagiat sama ada mendendanya, meminta pelajar membuktikannya bahawa sememangnya ia melakukannya atau mengambil tindakan tegas yang lain agar perkara tersebut tidak berlaku. Antara lain ialah menyediakan tugasan yang berbeza dan tidak berulang bagi seseorang pelajar dengan pelajar lain boleh dilakukan.

Bagi mengatasi masalah ketagihan pula, sekatan capaian bagi tempoh tertentu boleh dilaksanakan seperti sekatan bandwidth, kelajuan dan juga tempoh penggunaan. Penggunaan social networking (facebook, Google+, myspace, Friendster), games online, email, chatting dan sebagainya tidak boleh dielakkan dan inilah yang menjadi teras kepada ketagihan kepada internet selain melayari bahan tidak berfaedah seperti cerita rekaan, bahan lucah dan sebagainya. Kawalan bandwidth dan tempoh penggunaan kepada pelajar ini sekurang-kurangnya akan menghadkan tempoh penggunaan mereka selain kawalan memastikan mereka tidak menggunakan kedai siber sebagai alternative penggunaan internet. Apabila mereka tidak ketagihan secara teruk, mereka boleh menumpukan pembelajaran dan tidak mengalami insomnia.

Bagi mengatasi buli siber, gangguan siber dan aktiviti lambakan email (spam) serta keselamatan dalam internet, pelbagai kaedah boleh digunakan antaranya ialah pemasangan websense, filtering, spam filtering mahupun penguatkuasaan peraturan dan undang-undang. Penerangan melalui pengiklanan media elektronik seperti televisyen, internet, email dan radio boleh dilakukan oleh pihak kerajaan supaya aktiviti sebegini tidak dilakukan oleh pelajar. Pendedahan, kursus serta bengkel penggunaan internet serta keselamatannya secara percuma boleh dianjurkan oleh pihak kerajaan, agensi swasta mahupun pihak–pihak yang berkenaan seperti Streamyx, pengendali jalurlebar bergerak seperti Celcom, Digi dan Maxis.

Walau bagaimanapun, semua ini memerlukan pengetahuan dan kerjasama pelajar itu sendiri. Pencegahan adalah lebih baik berbanding membaiki. Pelajar tersebut perlu sedar tentang tindakannya dan mengelakkannya. Sekiranya pelajar itu sendiri mendesak dirinya untuk melakukan aktiviti yang tidak baik seperti melihat bahan lucah, bagaimana sekalipun sekatan dilakukan. Kerana keinginan mereka masih boleh menebusi sebarang sekatan kerana internet itu sendiri merupakan sumber tanpa batasan. Kegiatan plagiat tidak boleh dielakkan tetapi ia masih boleh dikurangkan sekiranya pelajar menghargai nilai suatu ilmu dan mengetahui betapa sukarnya membuat sesuatu bahan kajian. Penerangan demi penerangan boleh diberikan kepada pelajar agar menghargai hasil usaha orang lain dan hendaklah melakukannya sendiri tanpa melakukan kegiatan plagiat. Usaha-usaha kerajaan bagi mengelakkan spamming dan buli siber hanya sia-sia sekiranya pelajar tersebut sendiri mendedahkannya seperti meletakkan gambarnya yang menjolok mata pada tatapan di internet.

Secara keseluruhannya, Internet adalah alat yang boleh dimanfaatkan tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh mengundang sesuatu yang tidak baik. Terpulang kepada pelajar itu sendiri bagaimana ia menggunakannya. Sekiranya ia menggunakannya untuk kebaikkan, kebaikkanlah yang ia dapat dan sekiranya ia menggunakannya untuk keburukkan maka keburukkanlah yang ia dapat.

Al Otaibi, K.N.(2012). Attitudes Towards The Use Of The Internet. Psychology Research, Issn 2159-5542. Vol 2 (No 3) 151-159. (OUM Digital Library)

Aliza Abdul Latif, Et Al. (2010). Understanding Malaysian Internet Addiction: A Comparative Study On Malaysia And Selected Countries. The International Journal Of Interdisciplinary Social Science, Volume 5 (6): Issn 1833-1882. (OUM Digital Library)

Brand.M. et al (2011). Watching Pornographic Pictures on the Internet: Role of Sexual Arousal Ratings and Psychological–Psychiatric Symptoms for Using Internet Sex Sites Excessively. Cyberpsychology, Behavior, and Social Networking. June 2011, 14(6): 371-377. (OUM Digital Library).

Ellison, N. B., Steinfield, C., & Lampe, C. (2007). The benefits of Facebook “friends:” Social capital and College Students’ Use of Online Social Network Sites. Journal of Computer‐Mediated Communication, 12(4), 1143-1168.

Ezziane, Z. (2007). Information Technology Literacy: Implications On Teaching And Learning. Journal of Educational Technologyand Society, 10(3), 175-191. (OUM Digital Library).

Gencer, S. L., & Koc, M. (2012) Internet Abuse Among Teenagers And Its Relations To Internet Usage Patterns And Demographics.Educational Technology & Society, 15 (2), 25–36. (OUM Digital Library).

Hanke, T.(2009). Information and Communication Technologies in Rural Society. Rural Sociology, Vol. 74, No. 2., pp. 293-296. (OUM Digital Library).

Iskandar Abd Rashid, Zaitun Ismail (2001), Membina Laman Web Pertama Menggunakan HTML: Langkah Demi Langkah, Kuala Lumpur, Venton Publishing.

Isman, A., & Dabaj, F. (2004). Attitudes Of Students Towards Internet. Turkish Online Journal Of Distance Education-Tojde, Volume: 5 (Number: 4), Issn 1302-6488.

Jones, K.E., & Hertlein, K.M.(2012). Four Key Dimensions For Distinguishing Internet Infidelity From Internet and Sex Addiction: Concept and Clinical Application. The American Journal of Family Therapy, 40, 115-125. (OUM Digital Library).

Jackson, M.M., & Songer, N.B.(2000).Student Motivation and Internet Technology: Are Students Empowered to Learn Science?.JOURNAL OF RESEARCH IN SCIENCE TEACHING, 37(5), PP. 459-479.

Kompf, M. (2005).Information And Communications Technology (ICT) And The Seduction Of Knowledge, Teaching, And Learning: What Lies Ahead For Education. Curriculum Inquiry, V35 (N2) P213-234 Sum 2005.

Keefer, A., & Baiget, T. (2001). How it all began: a brief history of the Internet. Vine, 31(3), 90-95.

Nikbakhsh, A.(2011). The Role Of Information and Communication Technologies (ICT) in Improving Agriculture. Nature and Science, 9 (8),10-13. (OUM Digital Library).

Paynter, J., & Lim, J.(2001). Drivers and Impediments To-E-Commerce In Malaysia. Malaysian Journal Of Library & Information Science, 6(2), 1-19.

Peou, C., & Lwin, M. (2011). Integrating The Internet Into Cambodian Higher Education: Exploring Students’ Internet Uses, Attitudes & Academik Utilisation. International Journal Of Emerging Technologies And Society, Vol 9 (No 2), Pp:95-115. (OUM Digital Library).

Sato, T. (2006). Internet Addiction Among Students: Prevalence And Psychological Problems In Japan. Japan Medical Association Journal, 49(7/8), 279.

Scanlon, P. M., & Neumann, D. R. (2002). Internet Plagiarism Among College Students. Journal Of College Student Development, 43(3), 374-385.

Suvarna, J.S., & Jange, G. (2012). Higher Education Through ICT In Rural Areas. Research Paper,Vol 1, (Issue X Pp1-4), Issn No 2231-5063. (OUM Digital Library)

Weinstein, A., & Lejoyeux, M. (2010). Internet Addiction Or Excessive Internet Use. The American Journal Of Drug And Alcohol Abuse, 36(5), 277-283. (OUM Digital Library).

Young, K. S. (1996). Psychology of computer use: XL. Addictive use of the Internet: a case that breaks the stereotype. Psychological reports, 79(3), 899-902.

Zoroja, J. (2011). Internet, E-Commerce And E-Government: Measuring The Gap Between European Developed And Post-Communist Countries. Interdisciplinary Description Of Complex System 9(2), 119-133. (OUM Digital Library).

 

Tulisan: Mazuin Mustapa

Posted in Uncategorized | Leave a comment